Salam..
Betul2 bersawang blog aku ni..
al-maklum la sekarang ni bertambah busy..
tp bukan busy body ok..
Entry ni just introduction nak mengumumkan yang aku akan kembali aktif lepas ni..
Lepas ni hari2 aku update blog ni..hehe..
Ok, enough for this '1st' entry..
Got work to do..
Chow sin chi..
Friday, June 17, 2011
Monday, February 28, 2011
bersawangnyerrrrrrr~~
Hye all..
Dah agak bersawang nampaknye blog ni..
ish..ish..ish..
(sambil-sambil bersihakan habuk kat monitor..hehe)
Baru 2 minggu tak update tapi rase macam dah lame sangat..
Banyak benda ade kat draft tapi semua tak complete..
Hanya hangat2 taik ayam je..
Taip2 separuh pastu dah penat terus simpan dulu..haha..
Ok, 1st entry selepas berehat yang agak panjang ni adalah sesi menganjing..huhu..
Menganjing pasal ape lagi kalau bukan pasal match EPL..
Hati ini sangat la bersuka ria sebab rival2 Man Utd semua drop point..
Liverpool sekadar seri je dengan Fulham..ape daaa..
Malam semalam plak Arsenal kalah dengan Birmingham dlm final Carling cup..
Dari segi game nampak macam Arsenal nak menang..
Tapi tu la orang selalu cakap..
Bola tu bulat, macam2 boleh jadi..
Yang paling happy dah tentu la sebab Man Utd menang..
Dengan bangga dan riaknya membelasah Wigan tanpa belas kasihan..
hahaahahaa..(ketawa jahat disitu..)
4-0 beb..sape nak bagi gol banyak camtu..
Tapi Man Utd usaha sendiri beb..
Glory-glory Man Utd..!!!
Friday, February 11, 2011
Manchester United vs Manchester City
Esok pertembungan 'derby' Man Utd vs Man City..Tak sabar betul aku nak tengok..
Tak sabar betul aku nak bersorak sebab Man Utd menang..
Tak sabar betul aku nak tengok muka kecewa tevez..
Tak sabar betul aku nak berlagak kat tempat keje..
Tak sabar..tak sabar..tak sabar..
Thursday, February 10, 2011
Family Outing
Okey, idea dengan mood nak berblogging dah sampai..
Mari..mari..mari..!!!
Mari..mari..mari..!!!
Ade sesape tak yang tengok Family Outing??
Ke tak tau pun ape benda Family Outing ni??
Rasenye ramai yang tak tau pasal rancangan ni..
Meh aku cerita sikit pasal benda alah ni..Family Outing(FO) ni sebenarnya sebuah rancangan reality TV korea..
Dah lame dah rancangan ni, tapi baru sekarang aku dapat tengok..
Diorang start tahun 2008 lagi..
First season diorang habis awal tahun 2010..Dalam FO ni, diorang bagi peluang atuk2 dan nenek2 kat kampung2 untuk pergi bercuti..
Sementara diorang bercuti ade 1 group artis datang untuk jaga rumah dan buat kerja2 untuk diorang..
Tapi selain buat kerja diorang ade jugak main games..
Yang penting diorang ni memang lawak giler..
Aku rase kalah pelawak2 kat Malaysia ni..
Ade je idea diorang nak buat orang ketawa..
Tiap2 minggu ade sorang or 2 orang artis jemputan..
Aku dah kemaruk giler tengok FO ni..
Walaupun dah tengok sanggup ulang tengok lagi..
Mula2 tak tau jugak ade FO ni..
Sampai la wife aku bagi aku tengok..
Pastu terus ketagih..
Aku ade search kat internet dah ade season 2..
Tapi tak tau la pulak nak download kat mane..
Sesape yang ade info pasal ni bagi tau aku eh..
Ok, chow..
Mangkuk hayun!!!
Hari ni aku sangat la menyirap dengan mangkuk hayun yang 2 orang ni..
Yang sorang ni pandai betul die berpura-pura..
Nak lepaskan diri sendiri jer..
Dah buat salah tu mengaku jer la..
Takdenye mati la kalau ko buat salah..
Sebab ko orang lain yang jadi mangsa..
Fikir la sikit wahai mangkuk, lepas ni memang aku tak percaya kat ko lagi dah..
Yang sorang lagi ni pulak memang sangat pandai mengampu..
Kalau setakat mengampu je takpe..
Lepas tu boleh pulak ko nak burukkan orang lain..
Apa la masalah ko ni sebenarnya..
Kalau ko nak mengampu lantak ko la..
Tapi tak payah la nak buat cerita yang bukan2 pasal orang lain..
Tu dah kira fitnah namenye..
Ko tau tak ape hukum orang buat fitnah??!!
Mangkuk hayun betul la korang ni..
Kalau ikutkan hati aku nak bagi pelempang je dua2 ni..
Kalau tak cukup kaki aku pun ade..
Nak ke???
Wednesday, February 9, 2011
Lirik Lagu PELITA - A.P.I
Lame giler tak update blog..
almaklum la, cuti panjang..
bila cuti panjang, menulis blog pun cuti la..
baru la betul2 cuti..tak gitu??
agak takde idea nak mengarang dan hari ni..
aku bagi lirik lagu je la..
aku tengah layan lagu ni giler2..
rase best je dengar, rase macam lagu ni bagi semangat kat aku..
harap2 lagu ni bagi semangat kat korang jugak..
kebetulan mase menulis blog ni aku tengah dengar lagu ni..
layan je la eh..
adios..
Lirik Lagu PELITA - A.P.I
Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami
Selagi hayat dikandung badan
Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir
Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan
Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir
Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur
Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya
Wednesday, January 26, 2011
Al-Fatihah to Oden~~~

Al-Fatihah untuk Arwah Mohd Zainuddin Elias..
Moga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang beriman..
Moga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang beriman..
Hari ahad lepas aku dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan..
Kawan aku yag sama2 belajar di MRSM Muar telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya..
Sangat memilukan dengar berita macam ni..
Aku dan arwah dulu agak rapat sebab bilik hostel kitorang selang 1 bilik je..
Bilik die selalu jugak jadi tempat aku melepak..
Kalau waktu cuti balik kampung sama2, tapi sampai batu pahat je la..
Lepas tu aku balik kluang, die balik pontian..
Masih terbayang muka arwah yang selalu suka berlawak..
Rasanya sepanjang aku duduk kat MRSM dulu tk pernah sekalipun aku tengok arwah ni marah..
Arwah dulu sangat rajin, tak macam aku yang nakal nak mampus..
Hari isnin jenazah arwah dikebumikan..
Tapi aku tak berkesempatan nak pergi melawat sebab aku tengah demam mase tu..
Rase ralat jugak la sebab tak dapat pergi..
Ape2 pun aku nak ucap takziah kepada keluarga arwah..
Semoga tabah menghadapi dugaan dan ujian dari Allah..
We will miss you Oden..
*gambar dicurik dari blog soul
Subscribe to:
Posts (Atom)

